Bad Dreams


Hah!, Ingat budak-budak je yang ada bad dreams? Orang dewasa macam kita pun ada ok. Betol-betol mengacau tidur aku je mimpi ni.

Aku nak tidur balik pun da tak boleh. Apa lagi, Aku mengambil kesempatan ini untuk mengupdate blog yang juga merupakan tempat aku mengadu. Cewah~

Aku pun tak tahu macam mana nak bagitahu pasal mimpi aku ni. Betul-betul buat aku jadi tak keruan dan memikirkan. Betol-betol menakutkan aku. Ni semua disebabkan harta.

Bukan disebabkan aku gila harta ok. Tapi sebab aku takut. Takut memikirkan perebutan harta selepas ayah aku sudah tiada. Bukan rebutan dari anak-anak tapi oleh adik-beradik ayah aku sendiri. Jangan salah faham ok.

Aku fikirkan kenapa ayah aku masih ada, adik-beradik dan ibu ayah aku sendiri sudah berebut harta dia? Siap doakan ayah aku mati cepat lagi, disebabkan harta?

Weh!, come on lah! Aku anak dia, aku taknak ayah aku pergi lagi lah!. Harta bukan boleh bawa mati pun!.
Lagipun kalau korang semua nak harta, korang cari lah sendiri. Kenapa mesti nak berebut harta orang? 

Aku sebagai anak dia pun tak terfikir pada harta mak bapak aku, Kenapa korang sebagai orang luar sangat sibuk pada harta orang eh? Korang tak ada suami ke? 

Dah lah korang buruk-buruk kan mak aku! Sumpah, Aku tak redha apa yang korang buat pada aku dan family aku di dunia dan diakhirat!

Masa ayah aku susah dulu, muka ayah aku pun korang tak pandang. Korang hina lagi family aku. Bila ayah aku dah kecapi kejayaan dan mendapat gelaran terhormat, Korang sibuk-sibuk junjung dia setinggi-tinggi langit. Dan korang hina pulak mak aku. Korang cakap mak aku kawin dengan bapak aku sebab harta!

Korang ni memang bodoh kan!, Mak aku susah senang ngan bapak aku dulu. Sampai kan korang hasut bapak aku bila dia dah berharta suruh dia tinggal kan mak aku! Bagi aku, Korang ni saling tak tumpah macam binatang! Lagi hina dari binatang! Sanggup korang porak perandakan hidup orang sebab kemewahan!

Kalau korang nak harta, Korang ambik lah!, Tapi jangan lah smpai menghina mak aku!. Janganlah sampai doakan bapak aku mati cepat!.

Aku harap satu hari nanti, Tuhan akan membalas dengan apa yang korang buat pada aku dan family aku!. Kalau bapak aku dah tak ada nanti, Sampai aku mati pun aku takkan mengaku yang korang tu saudara mara aku!.

No comments:

Post a Comment